Showing posts with label Keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label Keibubapaan. Show all posts

Sultan Abd Hamid II

Assalamualaikum ddan salam sejahtera semua.

Mungkin aku yang ketinggalan berbanding orang lain hehe. Baru terjumpa drama bersiri  Turki Sultan Abd Hamid Kedua (Tajuk drama Turki tu Payitaht Abdul Hamid). Orang lain pastinya sudah khatam Musim pertama, kedua dan sekarang sudah ada musim ketiga. Apa yang ku suka ceritanya adala berkisar sejarah Islam. Berkaitan khalifah terakhir yang sedang bertahan dari gejolak musuh Islam mahupun musuh Khalifah Uthmaniyyah dari pelbagai penjuru. Kita bayang saja umpama kalau kita tengok orang bertanding dalam perlawanan 1 lawan 1. Tapi kisah ini bukan 1 lawan satu. Macam 1 lawan 10 atau lebih!...

Aku yang jadi geram kadang dengan orang-orang yang dari dalam Kerajaan sendiri maupun yang dari luar yakni orang asing yang pandai mengambil kesempatan dalam apapun keadaan. Musuhnya bukan jenis perlawanan bersih tapi penuh muslihat sana-sini yang kita ni rakyat biasa jadi terfikir...oooh..bukan senang mentadbir dan mengurus negara apatah lah lagi menangkis dari serangan secara nyata mahupun tersirat dalam sesebuah negara.

Apapun aku salute dengan orang yang merealisasikan drama ini. Dari temuramah para pelakon dan orang di sebalik tabir, menurut mereka drama ini berdasarkan kisah sejarah yang benar dan ada waris sultan yang juga terlibat dalam pembikinan jalan ceritanya. Membuat drama jenis begini pasti tidak mudah kerana ianya bukan memandang kepada nilai komersil boleh jual dramanya saja...tapi juga banyak nilai dakwahnya di situ. Aspek pengajaran, nilai kehidupan berakhlak mulia paling penting mengamalkan islam itu sendiri.
Gambar dari Google

Kalau dekat youtube cari ja Channel Turkish Bahasa mereka ni bukan pemilik asal Karya ini ada diberitahu di website tersebut. Tapi terjemahan mereka dari Bahasa Turki ke Bahasa Indonesia sangat membantu memahami jalan cerita. Oleh kerana drama ini berbahasa Turki dan kita memang nda faham. Warga Turkish Bahasa ini yang membantu untuk menterjemah ke Bahasa Indonesia, boleh difaham inshaAllah lebih kurang bahasa Melayu jugak. Aku letak sini beberapa episod dan beberapa scene  yang aku sudah tengok dan memang aku suka dan  best. Dengan aku sekali boleh muhasabah diri. Bolehlah kalian menontonnya lepas ni ok :)

Sultan Abdul Hamid & Kisah Amal Selawat Nabi SAW 


 
Kerinduan Sultan Kepada Junjungan Nabi Muhammad SAW



Pengalaman pembedahan BTL


Assalamualaikum semua, alkisahnya saja ku mau rekod di sini pengalaman melalui pembedahan BTL (Billateral Tubal Ligation) atau melayunya pembedahan ikat peranakan. Anda bolehlah google maksudnya . Melalui umur 40 an hormon sudah lain macam, almaklum sudah meningkat usia. Atas faktor kesihatan Ku buat juga pembedahan ini , aku mempunyai hypertension (darah tinggi) antara penyumbangnya yang aku rasa confirm adalah kerana pil perancang yang ku ambil selain ku memang ada dna tu sebab mama dan bapa pun ada darah tinggi. Lagipun atas faktor umur ni memang nda larat sudah menanggung amanah mengandung dan seterusnya bila ada baby kecil sememangnya perlu ada tenaga dan kudrat, dan bagiku juga tempoh mengandung tu alhamdulillah memang nikmat Allah, cuma kena berhadapan sedikit ujian muntah2 semacam orang awal-awal mengandung (ikut hanya 3 bulan terawal 1s trimester) tapi daku confirm sepanjang 3 trimester tu alahan nda kira masa siang malam sampai lah bulan terakhir mengandung pun masih begitu..(alhamdulillah atas kurniaan 4 orang cahaya mata :) bukan daku nda bersyukur , sangat bersyukur alhamdulillah), lepas ini mahu bagi tumpuan dengan anak4 amanah umi dan baba ni insyaAllah.

Atas sebab-sebab yang daku nda dapat elakkan aku dan suami memilih BTL secara open Surgery di Klinik Felice di KK Specialist Luyang. Dulu bersalin Insyiroh (anak bungsu di sini) jadi ku terus saja lah ke sini bila mau buat BTL ni. Sebenarnya BTL ni boleh buat 2 cara secara Laparotomy dan satu lagi Laparoscopy . Laparotomy secara open surgery maksudnya bahagian ari-ari kita (biasa orang kata yang garis spender tu hehe . Tengok gambar bawah ni

 
Untuk Laparotomy kena buat potongan di ari-ari manakala untuk Laparoscopy tu Doktor akan tebuk 3 lubang kecil di tiga kawasan bawah pusat, kiri dan kanan ari-ari kita. 

Laparotomy ni macam cesarean orang bersalin cara pembedahan cuma ni untuk ikat peranakan tiada baby yang dibersalinkan :) .

Tapi daku memang fobia surgery2 ni huhu, ini kali ketiga pengalaman surgery semoga lepas ni tidak menghadap lagi huhu, rasa kesakitan tu (masa sudah habis bius huhuhu)  yang huhu hanya Allah Saja Yang Maha Mengetahui ....doa banyak moga ku cepat sembuh..aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.

Alhamdulillah hari ni sudah  10 hari daku lepas dari pembedahan. Bolehlah menaip sikit. Time sakit sangat hari tu dapat gerak sikit ja..batuk sikit pun sengsara menyahut ke perut yang baru berjahit huhu...



Ayat 1-9 Surah Ali -Imran Ikthiar Mencari Barang Hilang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh alhamdulillah syukur atas nikmat, ada kesempatan lagi hari ini untuk mencatat sesuatu di sini.

Selain untuk berkongsi sebenarnya juga untuk tujuan diri sendiri merekod di sini agar lain kali ku boleh check semula info penting ni untuk rujukan sendiri. Al-maklum manusia mudah lupakan :) .
Seperti kalian tahu bila ada barang kita hilang agak tidak menentu kita jadinya..yalah memang barang saja yang hilang pun kan..alkisahnya aku kehilangan kunci kereta bersekali kunci rumah dan kunci bilik tempat kerja, aduhai memang terjem lah sekejap . Hampir seminggu mencari-cari tidak juga jumpa-jumpa. Bukan apa risau juga di mana lah tercicirnya kan, ada kunci rumah, kunci kereta..karang kalau penyamun yang jumpa memang nahas jadinya.

Caranya:
-Kalian baca ayat al-Quran Surah Ali-Imran ayat 1-9, baca sebanyak 7 kali.
-Pertama sebelum baca niatkan dalam hati minta doa pada bantuan dan pertolongan Allah SWT agar ditemukan barang kita yang hilang tu.
-Bila sudah selesai baca syaratnya kita kena lakukan proses mencari. Jangan tidur pula lepas baca ya :)

Pos Berkaitan: