Perancangan Diy Ke Tokyo Jepun

Bismillahirrohmanirrohim dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Pemurah

Alhamdulillah berjaya juga menjejak Tokyo dengan plan Diy sendiri. Bermula dari cari-cari maklumat, buat bajet, book tiket kapal, hotel dan cari guide untuk kawasan yang agak jauh dari pusat bandar di Tokyo. Semua saya buat sendiri. Tengok gambar terasa diri bertuah boleh buat semua ni. Alkisahnya plan ke Tokyo ni mungkin antara doa yang termakbul di hadapan Kaabah. Saya sejenis  mencuba untuk memberanikan diri, Kita move on saja dari ceritera yang lepas. Biasalah dalam dunia ni, kita niat jalan lurus tapi tepi kiri kanan depan belakang ada orang lain lagi yang tambah watak dan perwatakan di dalam jalan cerita drama kehidupan. So tak apalah bagiku baik lah ku pandang saja terus kehadapan mencari kebaikan, mencari redha Ilahi. Ya syukur dengan segala nikmat Allah, kalau tidak kerana nikmatnya tidak mungkin diri boleh memecah kepompong sendiri. Ya impian mahu melihat dunia , dengan alasan apa guna buat passport kalau hanya mahu guna sekali :) ya itu antara motivasi

 Di setiap gambar pasti ada ceritanya sendiri dan di setiap gambar itu juga ada sisi lain yang hanya si tukang gambar dan si penulis cerita tu saja yang tahu. Dan mungkin juga tiada kait mengait pun antara yang hidup mahu pun yang sudah tiada. Hanya Allah Saja Yang Sudah Pasti AMAT MENGETAHUI HAMBA-NYA.

Gunung Fuji dari lensa Kamera Samsung S8



Pos Berkaitan: