Vegan Coklat Hanya 3 Bahan

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera, ku letak sini cara mudah untuk buat coklat dengan 3 bahan sahaja.
Tapi ini bukan video sendiri ambil dari youtube saja. Bahan resepinya sangat mudah menggunakan koko powder , minyak kelapa dan madu. mudah kan klik ja video tu. Yang penting ianya sesuai untuk dimakan untuk orang ada allergic macam aku sebab no gluten (tiada kandungan gandum), tiada gula putih, tiada susu (dairy milk). Syukurlah jumpa resepi ni. Yang ada eczema pun boleh juga makan ya.




Gluten Free Cake


Simpan sini untuk rujukan sendiri Free Gluten (sebab guna tepung beras), eggless . Pinjam video youtube orang jak ni hehe

Jerman Kumpul 42k Al-Quran Lama Dari Seluruh Dunia Untuk Kajian

Sorotan kuliah dari Brother Lim Jooi Soon

Jom kita soroti bersama ceramah dari Brother Lim Jooi Soon


Undang-Undang Carseat Tahun 2020


5 Fakta Car Seat Wajib Bermula 2020

Ada 5 fakta kesemuaanya boleh semak seperti di bawah ini:
1. Kerajaan tidak menetapkan had umur mahupun berat untuk anak-anak anda memakai car seat
2. Tetapi kerajaan menggunakan ketinggian anak-anak anda sebagai penanda aras untuk menggunakan car seat sewaktu pemanduan di atas jalan raya. Mana-mana anak-anak anda yang ketinggian kurang 135cm tidak kiralah bayi, budak darjah, darjah 5 selagi umur kurang 135cm wajib pakai car seat
3. Semua car seat hendaklah diletakkan di bahagian belakang tempat duduk kereta
4. Car seat yang anda perlu pilih dan beli hendaklaah sesuai dengan ketinggian dan berat anak-anak anda. Spesifikasi mengikut jenis car seat ada kami kongsikan seperti gambar-gambar di bawah
5. Dan paling pentingnya, car seat yang anda bakal beli mesti ada cop kelulusan ECER44/04 atau ECE R129 bersama-sama dengan label QR MIROS


Jenis Car Seat Yang Dibenarkan

Boleh semak gambar-gambar yang dikongsikan di bawah, mana satu car seat yang sesuai dan yang dibenarkan oleh kerajaan

SUMBER : Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia JKJR

2 Kesan Tidak Ikut Undang Undang

  • Anak anda akan terdedah kepada risiko kecederaan dan kematian apabila terlibat dengan kemalangan
  • Akan dikenakan saman JPJ sejumlah RM300
Boleh juga ikuti video penerangan daripada meneri mengenai undang-undang car seat wajib umur 8 tahun ke bawah



Sumber: Website Thenews.com.my

100 Fakta Muhammad SAW: Fakta-fakta Menarik Manusia Paling Agung




* Bagaimanakah fizikal Rasulullah?
* Apakah warna-warna kegemaran Rasulullah?
* Apakah perang-perang yang disertai Rasulullah?
Banyak lagi fakta-fakta menarik di dalam buku ini.
 
"Fakta-fakta yang dikemukakan sangat menarik dan sesuai dijadikan rujukan pantas untuk semua lapisan masyarakat terutamanya pelajar." -Maulana Hussein Abdul Kadir Al-Yusufi, Pakar Hadis-
 
Penyusun: Mua'allim Hazar
Kata Pengantar Oleh: Maulana Huseein Abdul Kadir al-Yusufi

Tips Penting Cara Pilih Topeng Muka Keselamatan


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di kala penyakit coronavirus ni masih membadai di seluruh dunia, menggunakan mask di kawasan awam adalah sangat penting untuk melindungi diri. Berikut ni kami kongsikan info tentang pengunaan mask atau topeng wajah yang kita mesti tahu.



Berdasarkan perkongsian hellodoktor.com, sekitar tahun 2002 dan 2003, wabak sindrom pernafasan akut yang teruk atau SARS telah melanda dunia bermula di negara China.
Wabak tersebut disebabkan oleh sejenis koronavirus juga sama seperti novel koronavirus (2019-nCoV) dari Wuhan. Namun, saiz SARS koronavirus itu hanya sebesar 100 nanometer.
Virus flu pula bersaiz antara 80 hingga 120 nanometer. Walaupun saiz koronavirus dari Wuhan itu tidak lagi diketahui, saiz koronavirus manusia biasanya adalah sebesar 125 nanometer.
Kesemua jenis virus tersebut sangat kecil dan boleh melepasi halangan seperti topeng pembedahan. Topeng muka pembedahan mungkin dapat melindungi daripada titisan pernafasan yang besar seperti cecair akibat bersin atau kahak akibat batuk, namun ia tidak memberikan perlindungan terhadap titisan kecil dalam udara.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), topeng pembedahan tidak dianggap sebagai satu perlindungan terhadap pernafasan memandangkan ia tidak menapis partikel dalam udara yang lebih kecil.
Oleh itu, ia sememangnya tidak berkesan.Tambahan, topeng pembedahan hanya boleh dipakai sekali guna sahaja. Pemakaian topeng N95 pula bergantung kepada individu ahli perubatan yang terlibat dengan tugas mengendalikan pesakit yang dijangkiti.

Topeng muka pembedahan jenis bertali

Topeng muka pembedahan jenis bergetah (selit di telinga)

Topeng muka N95

CDC menggalakkan pekerja kesihatan seperti doktor memakai topeng muka jenis itu sekiranya mereka terlibat dengan pesakit yang dijangkiti koronavirus. Bagaimanapun, topeng muka jenis terbabit bukanlah sejenis alat yang benar-benar kebal daripada serangan koronavirus.
Dalam pada itu, topeng muka tersebut diberi nama ‘N95’ kerana ia akan memberikan perlindungan sebanyak 95 peratus kepada si pemakai dan boleh menapis partikel halus sehingga saiz 0.3 mikron.
Topeng muka itu tidak sesuai digunakan oleh kanak-kanak dan individu yang memiliki bulu pada wajah.

Kaedah pemakaian topeng muka dengan betul:

1. Sebaiknya, cuci tangan terlebih dulu dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan.
2. Pastikan topeng muka yang ingin dipakai dalam keadaan baik dan tidak terdapat sebarang koyakan atau kebocoran.
3. Pastikan kedudukan topeng dalam keadaan betul. Sisi yang mengandungi jalur besi halus perlu berada di bahagian atas bagi menutup atas hidung dengan kemas apabila dibengkokkan.
4. Sisi yang berwarna perlu berada di bahagian luar, manakala sisi yang berwarna putih pula di bahagian dalam.
5. Sangkutkan pada telinga jika ia adalah topeng jenis sangkutan pada telinga manakala ikat pada belakang kepala jika ia adalah topeng jenis ikatan.
6. Bentukkan jalur besi topeng yang berada pada bahagian atas hidung mengikut bentuk hidung.
7. Tarik bahagian bawah topeng muka ke bawah bagi menutupi mulut dan dagu.
8. Gunakan topeng muka hanya untuk sekali penggunaan sahaja. Buang setelah digunakan.

Panduan Perawatan Eczema

Assalamualaikumwarahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Mau ceritanya di penghujung disember dan januari ni 2020 ni eczema ku flare up semula. Setelah setahun lamanya dia menyepi tidak flare up..maksudnya kaki ku tidak merah menyala kulitnya (radang akibat kegatalan eczema yang maksima!) atau ada jenis yang satu lagi daku akan membengkak satu badan, haa kalau yang ni aku surrender dari muka sampai ke badan terus ke kaki satu badan lah, leher tak boleh kena tudung akibat garu dan leher luka berkeliling leher, sangat merengsakan dan gatal bercampur pedih (bekas kulit yang di garu tu pedih dan cedera yang amat. Time garu nda sedar dunia bila berdarah baru berhenti... Adehh beginilah nasib orang yang ada eczema macam aku. Kena jaga pemakanan sebenarnya, tapi ada masa ku liat juga menjaga..almaklum naik lemak segala lupa sekejap dunia hihi.

Nah bila si eczema ku bertandang bah ko ingat lah sendiri sana hehe. Jadi pengurusan eczema, jaga makan semua aku pandai lupa, manusia biasa kan..letak sini lah senang ku rujuk kemudian hari. Semoga memberi manfaat kepada mereka yang berkunjung ke sini :) . Gambar di bawah ni bila ekzema ku area kaki ni muncul area buku lali dan betis, bekeliling ni jadi stokin original heheh. Doakan ekzema ku cepat sembuh ya..aamiin :)

Kondisi kaki sendiri 27 januari 2020




Sultan Abd Hamid II

Assalamualaikum ddan salam sejahtera semua.

Mungkin aku yang ketinggalan berbanding orang lain hehe. Baru terjumpa drama bersiri  Turki Sultan Abd Hamid Kedua (Tajuk drama Turki tu Payitaht Abdul Hamid). Orang lain pastinya sudah khatam Musim pertama, kedua dan sekarang sudah ada musim ketiga. Apa yang ku suka ceritanya adala berkisar sejarah Islam. Berkaitan khalifah terakhir yang sedang bertahan dari gejolak musuh Islam mahupun musuh Khalifah Uthmaniyyah dari pelbagai penjuru. Kita bayang saja umpama kalau kita tengok orang bertanding dalam perlawanan 1 lawan 1. Tapi kisah ini bukan 1 lawan satu. Macam 1 lawan 10 atau lebih!...

Aku yang jadi geram kadang dengan orang-orang yang dari dalam Kerajaan sendiri maupun yang dari luar yakni orang asing yang pandai mengambil kesempatan dalam apapun keadaan. Musuhnya bukan jenis perlawanan bersih tapi penuh muslihat sana-sini yang kita ni rakyat biasa jadi terfikir...oooh..bukan senang mentadbir dan mengurus negara apatah lah lagi menangkis dari serangan secara nyata mahupun tersirat dalam sesebuah negara.

Apapun aku salute dengan orang yang merealisasikan drama ini. Dari temuramah para pelakon dan orang di sebalik tabir, menurut mereka drama ini berdasarkan kisah sejarah yang benar dan ada waris sultan yang juga terlibat dalam pembikinan jalan ceritanya. Membuat drama jenis begini pasti tidak mudah kerana ianya bukan memandang kepada nilai komersil boleh jual dramanya saja...tapi juga banyak nilai dakwahnya di situ. Aspek pengajaran, nilai kehidupan berakhlak mulia paling penting mengamalkan islam itu sendiri.
Gambar dari Google

Kalau dekat youtube cari ja Channel Turkish Bahasa mereka ni bukan pemilik asal Karya ini ada diberitahu di website tersebut. Tapi terjemahan mereka dari Bahasa Turki ke Bahasa Indonesia sangat membantu memahami jalan cerita. Oleh kerana drama ini berbahasa Turki dan kita memang nda faham. Warga Turkish Bahasa ini yang membantu untuk menterjemah ke Bahasa Indonesia, boleh difaham inshaAllah lebih kurang bahasa Melayu jugak. Aku letak sini beberapa episod dan beberapa scene  yang aku sudah tengok dan memang aku suka dan  best. Dengan aku sekali boleh muhasabah diri. Bolehlah kalian menontonnya lepas ni ok :)

Sultan Abdul Hamid & Kisah Amal Selawat Nabi SAW 


 
Kerinduan Sultan Kepada Junjungan Nabi Muhammad SAW



Pos Berkaitan: