Showing posts with label Eczema. Show all posts
Showing posts with label Eczema. Show all posts

Vegan Coklat Hanya 3 Bahan

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera, ku letak sini cara mudah untuk buat coklat dengan 3 bahan sahaja.
Tapi ini bukan video sendiri ambil dari youtube saja. Bahan resepinya sangat mudah menggunakan koko powder , minyak kelapa dan madu. mudah kan klik ja video tu. Yang penting ianya sesuai untuk dimakan untuk orang ada allergic macam aku sebab no gluten (tiada kandungan gandum), tiada gula putih, tiada susu (dairy milk). Syukurlah jumpa resepi ni. Yang ada eczema pun boleh juga makan ya.




Gluten Free Cake


Simpan sini untuk rujukan sendiri Free Gluten (sebab guna tepung beras), eggless . Pinjam video youtube orang jak ni hehe

Panduan Perawatan Eczema

Assalamualaikumwarahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Mau ceritanya di penghujung disember dan januari ni 2020 ni eczema ku flare up semula. Setelah setahun lamanya dia menyepi tidak flare up..maksudnya kaki ku tidak merah menyala kulitnya (radang akibat kegatalan eczema yang maksima!) atau ada jenis yang satu lagi daku akan membengkak satu badan, haa kalau yang ni aku surrender dari muka sampai ke badan terus ke kaki satu badan lah, leher tak boleh kena tudung akibat garu dan leher luka berkeliling leher, sangat merengsakan dan gatal bercampur pedih (bekas kulit yang di garu tu pedih dan cedera yang amat. Time garu nda sedar dunia bila berdarah baru berhenti... Adehh beginilah nasib orang yang ada eczema macam aku. Kena jaga pemakanan sebenarnya, tapi ada masa ku liat juga menjaga..almaklum naik lemak segala lupa sekejap dunia hihi.

Nah bila si eczema ku bertandang bah ko ingat lah sendiri sana hehe. Jadi pengurusan eczema, jaga makan semua aku pandai lupa, manusia biasa kan..letak sini lah senang ku rujuk kemudian hari. Semoga memberi manfaat kepada mereka yang berkunjung ke sini :) . Gambar di bawah ni bila ekzema ku area kaki ni muncul area buku lali dan betis, bekeliling ni jadi stokin original heheh. Doakan ekzema ku cepat sembuh ya..aamiin :)

Kondisi kaki sendiri 27 januari 2020




Cara Membuat Tepung Gluten Free

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni Ku mau merekod sini cara buat tepung bebas gluten atau juga orang biasa panggil gluten free. Oleh kerana eczema ku flare up dan teruk semula terpaksa daku berpantang diet makan :) . Ok Jom kita semak bahannya

1. Pilihan adunan yang pertama

  • 1 cawan tepung beras (cari yang 100% beras Contoh Jenama JATI.)
  • setengah cawan tepung jagung (non gmo)
  • setengah cawan tepung ubi kayu (untuk orang yang ada GERD kena trial and error sebab ubi kayu tu sendiri berangin)


2. Pilihan adunan yang kedua
  • 1 cawan tepung beras (cari yang 100% beras Contoh Jenama JATI.)
  • setengah cawan tepung ubi kayu (untuk orang yang ada GERD kena trial and error sebab ubi kayu tu sendiri berangin)
  • setengah cawan tepung kentang (non gmo)

Pos Berkaitan: