Showing posts with label Buku Bacaan. Show all posts
Showing posts with label Buku Bacaan. Show all posts

100 Fakta Muhammad SAW: Fakta-fakta Menarik Manusia Paling Agung




* Bagaimanakah fizikal Rasulullah?
* Apakah warna-warna kegemaran Rasulullah?
* Apakah perang-perang yang disertai Rasulullah?
Banyak lagi fakta-fakta menarik di dalam buku ini.
 
"Fakta-fakta yang dikemukakan sangat menarik dan sesuai dijadikan rujukan pantas untuk semua lapisan masyarakat terutamanya pelajar." -Maulana Hussein Abdul Kadir Al-Yusufi, Pakar Hadis-
 
Penyusun: Mua'allim Hazar
Kata Pengantar Oleh: Maulana Huseein Abdul Kadir al-Yusufi

Koleksi Buku Bacaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, hari ni berkongsi tentang buku bacaan. Ada orang kata zaman semua serba serbi boleh di google senang cari info. Hanya di hujung jari saja, bila kita taip klik dan cari inshaAllah pasti berjumpa. Walaubagaimanapun saya masih lagi berpegang pada prinsip perlu ada juga buku yang sebenar fizikal buku untuk kita simpan sebagai bahan bacaan kita. Ada masa kita perlu kita boleh terus rujuk di buku. Mungkin ada yang kata saya ketinggalan zaman! hehehe tidak mengapa. Saya punya pengalaman membeli Al-Quran dalam bentuk digital pada tahun 2007 tapi belum pun setahun umurnya software saya tu, sudah tidak boleh dibuka! Aduh hehe..ini lah faktor saya masih suka buku walaupun ada pelbagai jenis ebook di pasaran. Tidak sama rasanya ko membelek buku dengan ko membelek ebook yang perlu dibuka melalui peranti yang lain, kena ada smartfon, atau laptop dan yang sewaktu dengannnya kan? :)

Ok bercerita pasal buku ni antara buku yang sudah lama diidam-idamkan. Tapi kesempatan tu yang selalu menyebabkan saya menagguh-nanguh untuk mendapatkannya. Al-Maklumlah saya ni lokasinya di Sabah, kalau beli buku tebal-tebal, alahai...kos pos sama macam boleh dapat 1 buah buku lagi huhu...Nah tu yang tunggu promosi percuma pengeposan dari pembekal buku-buku saya ni :) .

Tajuk: Sejarah Umat Islam ditulis oleh Hamka

Tajuk Buku: Atlas Perang Salib di tulis oleh Sami' Bin Abdullah Al-Maghluts

Tajuk Buku: Ensiklopedia Sejarah Turki Jilid 1 ditulis oleh DR. ABDUL RAHMAN HJ ABDULLAH



Kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum oleh Sheikh Safiyyur Rahman al-Mubarakfuri

Pos Berkaitan: