Kata-Kata Hikmah

Saya suka membaca kata-kata hikmah. Ianya memberi motivasi pada saya. Dekat facebook saya mengikuti Facebook Mufti Menk dari Zimbabwe. Tulisannya yang ringkas dan padat di sosial media dapat menjadi penawar pada hati-hati yang asyik sibuk hal DUNIAWI sahaja..kan? hehe

ni kata-kata hikmah yang beliau kongsikan hari ni

"When things don’t work out the way you thought they would, it’s human nature to feel let down, depressed and despondent. Remember, it’s not the end. The Almighty has the best plan for you. You have to believe that. Be patient and everything will unfold right before your eyes!"

~Mufti Menk~ 

Gambar hiasan ihsan dari Google - Suasana Musim Luruh Di Jepun

7 Senarai Semak Yang Sangat Penting Ke Jepun


 Sedang saya mempersiapkan persiapan untuk ke Tokyo Jepun untuk beberapa hari lagi, ada baiknya saya kongsikan juga di sini untuk rujukan saya semasa di luar negara nanti (senang kan check di internet saja) dan untuk rakan-rakan lain yang bakal ke sana nanti insha Allah. Senarai semak ini adalah seperti berikut:-

SENARAI SEMAK KEPERLUAN IMIGRESEN JEPUN

  • 1.       SALINAN TIKET PENERBANGAN PERGI DAN BALIK  
  • 2.       SALINAN TEMPAT PENGINAPAN (ALAMAT DAN NO TELEFON)
  • 3.       ITINERARI PERJALANAN SECARA KASAR
  • 4.       WANG TUNAI YANG MENCUKUPI
  • 5.       KAD KREDIT SEBAGAI BACKUP KEWANGAN
  • 6.       SALINAN INSURANS PERJALANAN SEPANJANG DI JEPUN
  • 7.       ALAMAT DAN NO TELEFON KENALAN (JIKA TUMPANG RUMAH KENALAN)


Bermula 2013 tidak silap saya..kalau salah tolong betulkan ya :) , kita sebagai warganegara Malaysia yang masuk ke negara Jepun sudah tidak perlu lagi memohon visa di negara sendiri sebelum ke sana. Kita menggunakan VOA atau yang penuhnya Visa On Arrival, jadi semasa kita diperiksa imigresen kat sana senarai keperluan di atas lah yang kita perlu isi. Selain ada dua jenis kad yang akan kita isi semasa di Kapal terbang sebelum kita mendarat di airport.


Cara Membuat Website Sendiri

Ada yang teringin mahu membina website sendiri?, ...terasa susah?..rasanya tak adalah susah sangat. Jika diusahakan anda pasti boleh membinanya. Pada mereka yang baru berkecimpung dalam dunia online pastilah bukan menjadi keutamaan untuk mempunyai website kan? dari platform percuma seperti blogspot ini , sedikit-sedikit anda boleh upgrade ke website e commerce.


Website Yang Dibina Saya Sendiri www.imazz.com

Langkah

1. NAMA DOMAIN
Anda perlu ada nama domain, macam web saya ni nama domainnya ialah, imazz  iaitu www.imazz.com saya dapatkan nama domain saya klik DI SINI (anda akan di bawa terus ke pautan link syarikat tempat saya dapatkan domain saya) . Pastikan domain anda itu mudah diingat dan senang untuk dibuat carian di internet ini. Jangan buat perkataan yang berbelli-belit dan sukar orang mahu ingat di minda mereka.

2. HOSTING
Anda perlu ada ada hosting. Hosting ni umpama kalau nama domain umpama nama syarikat, hosting pula seperti tempat kita berniaga, mesti ada premis perniagaan, cuma ini secara online. Kalau saya pula saya beli siap dengan domain beserta hosting jadi saya beli dari syarikat yang sama sahaja.

3. KEMAHIRAN DALAM CPANEL
Ini umpama kedai anda dari bahagian belakang, kita kena create dulu di sini, sama ada nak pilih website ecommerce macam www.imazz.com ni atau anda boleh juga buat website jenis blog. Bila sudah set up di sini seterusnya barulah ke pengurusan stok dsb
saya share itu sahaja dulu buat kali ini ya ^_^ 


Tips Membawa Anak Kecil Umrah

Tahun lepas pada disember 2017 alhamdulillah kami sekeluarga telah menunaikan umrah. Laluan kami ke Madinah dahulu dan baru lah ke Makkah. Untuk Ibu bapa yang berhajat menunaikan Umrah ke sana mungkin sedang memikir apakah persediaan yang perlu dibuat terutama semasa di sana. Di sini saya akan berkongsi beberapa perkara yang saya dan suami sediakan untuk persediaan keperluan Umrah

1. Wajib buat pasport,
kami buat pasport di UTC senang, sebab boleh datang hari sabtu kerana saya dan suami bekerja. Kalau datang sabtu tidak perlulah ambil cuti. Tempoh masa buat passport pun tidak lama, dalam sejam macam tu siap.

2. Persediaan pakaian
Untuk di Madinah saya pakaikan anak-anak dengan Baju Lapis Heattech dari Uniqlo untuk baju lapis dalam, selain memang memakai jubah seperti biasa. Sebab Cuaca Madinah sangat sejuk terutama bila waktu malam dan pagi pulak sehingga jam 10 masih sejuk. Selepas jam 10 tak perlulah berjaket tebal. Suhu drop pada waktu hampir nak malam.

Untuk di Mekah pula cuaca tidak sesejuk di Madinah. Sangat berbeza sekali suhu kedua tempat ini pada hujung tahun terutamanya di Madinah sejuk, Mekah pula cuaca seperti biasa macam di tempat kita

3. Membawa lip balm dan losyen pelembap kulit (utk badan dan muka)
suhu di Arab Saudi ini kering tidak seperti kita di Malaysia, jadi kulit mudah terasa kering kerana suhunya di sana , berangin tetapi kering.

4. Stroller Boleh lipat
Pada saya wajib bawa stroller lagi kalau anak tu dah melepasi umur 2 tahun. Pengalaman saya membawa anak berumur 2 tahun 10 bulan dan berat dalam 15kg. Pada asalnya saya hanya membawa baby carrier sebab pada saya mudah saya nak dukung tak perlu risau terlepas daripada pandangan. Tapi sangkaan saya meleset huhu..hari ketiga berada di Madinah saya pergi membeli stroller dekat Mothercare yang kedainya ada dalam supermarket yang berdekatan pintu 25 Masjid Nabawi.

"Kenapa saya terpaksa juga membeli? ...
Ada sebab hehe, rupanya suhu yang sejuk ( suhu sejuk di sana lagi mencengkam lebih-lebih lagi bila angin bertiup mencengkam sejuknya..) jika kaki kita membawa bebanan yang berat (berat saya termasuk anak pulak) kaki saya jadi kebas! ..huhu susah mahu berjalan sebab kaki krem dan sakit, penat tu lain cerita, iyalah kawasan masjid pun luas yang amat, memang kena berjalan jauh..kalau bawa berat badan sendiri tak apa lagi, ni saya kena menahan berat sendiri dengan anak lagi hehe. Tu yang saya terdesak juga kena cari stroller masa tu. Penyelamat juga sebab lepas tu mudahlah tak krem sudah kaki."

Saya kongsi juga di sini kalau di Masjid Nabawi dekat dataran luar masjid tu kita boleh solat dan boleh bawa sekali stroller. Kecuali kalau masuk di dalam masjid stroller kena tinggalkan di rak tepi pintu. Dekat masjidil haram pun sama juga tinggalkan aja stroller di di tepi ada area khas yang pekerja masjid sediakan utk kita tinggalkan stroller. Jangan risau tak akan hilang ;)

nanti saya sambung lagi part 2 ya ..

Pemandangan Masjid Nabawi dari lensa kamera saya

Pos Berkaitan: