Review Belian Online : Tudung Ereka Jusoph

Assalamu'alaikum aku saja lah mahu share dengan kalian tudung yang aku beli dari website Ereka Jusoph di www.erekajusoph.com.

Bagi aku ciri penting tudung ni yang aku suka

  • kainnya yang tidak jarang
  • Jatuhan kainnya yang beralun (tidak kembang kalau pakai orang putih bilang 'drapery fabric'
  • Harga agak berpatutan lah dengan kualiti kain yang bagus dan jahitan yang cantik (lingkungan rm30 lebih, sebab aku jenis nda minat beli kalau tudung mahal-mahal bagi aku mahal ialah rm40 dan ke atas hehe ) 
Ereka Jusoph ni ada banyak jenis shawl plain yang jenis aku beli ni yang kategori Jasmine Shawl.
Bukan apa aku letak sini review ni supaya aku senang beli lain kali. Maklum sudah veteran , agak pelupa :) . Ohya jangan bimbang review aku ni ikhlas bukan berbayar. Ok semua bye

https://erekajusoph.my/plain-shawl/jasmine#/sort=p.sort_order/order=ASC/limit=9/page=1
Website Ereka Jusoph



Sabahan Pigi Jipun - Bahagian 1

Assalamu'alaikum dan selamat pagi semuanya. Selamat bercuti sekolah untuk anak-anak dan guru-guru di 11/12/2018 ini . Masih mood cuti. Jadi sempatlah ku bercerita di sini :)

Perancangan Ke Jepun 

Pertama kali berkeinginan untuk ke Jepun ni sebab selalu tengok iklan Agen Pelancongan Saiful Nang di Instagram yang namanya RareCation tu. Syiok tengok gambar-gambar yang dorang share sama ada di medium instagram, barulah  terjumpa blog, kejap-kejap tengok promosi dorang di FB Saiful Nang. Dan akhir sekali ku menghubungi mereka melalui whatsapp dan telah diemailkan tentang pakej yang dorang buat. Bila tengok pakej tu alamat telan air liur laa..macam takkan mungkin dapat pigi ni kalau seorang sudah kena bajet 7-8k. Kata promosi tu jalan seperti orang local tidak macam pakej melancong biasa tu yang pergi pusat bandar jak hehe dan kawasan pelancongan.

Tapi ku rasa memang tidak mampu lah pakej tu. Sebab kalau saya dan suami ni jenis berjalan sekeluarga dan memang kena angkut semua. Anak-anak memang sentiasa di sisi kami dalam susah dan senang. Bukan lah kisahnya tidak harap keluarga untuk tinggalkan anak-anak tapi macam ni lah kami berdua suami isteri. Tidak rasa senang hati pula meninggalkan anak-anak, sedangkan kita ni berjalan suka-suki sana sini. Jadi begitulah kami ni hehe. Dipendekkan cerita ummi letak tepi dulu angan-angan ke Jepun ni. Daripada berhabis mau ke Jepun baik ke Umrah dulu tu yang di fikiran kami suami isteri dan akhirnya sampai lah ke Umrah pula kami pada disember 2017. Jadi kesimpulannya angan-angan ke Jepun ni dari awal 2017 lagi.

Dalam pada itu dijadikan cerita pula dan ku rasa itu bukan kebetulan dan pasti ada hikmahnya Allah tunjukkan pula jalan pergi umrah sendiri. Rupanya selama ini ada orang-orang yang ke Mekah guna jalan DIY  (ringkasan Do It Yourself) daripada tempah tiket, tempah penginapan, cari mutawwif dan banyak lagi tentang urusan visa dan sebagainya. Dipendekkan cerita juga dari info-onfo orang pergi ke Mekah DIY ni saya tahu tentang cara cari tiket murah kapal terbang.

Untuk cari tiket Murah bukan kena maksud kau kena jadi ahli website AirAsia atau MAS sahaja (untuk Malaysia lah kan) tapi ada cara lain hehe. Sebenarnya aku pun sudah ahli alhamdulillah sejak AirAsia mulai buka dulu-dulu. Mas tu pun lama sudah ahli sejak aku study Semenanjung lama dulu. Tapi masa tu tiadalah online ni yang macam sekarang ni hehe.

Ok pertama ko memang kena cari tiket. Cari tiket kena daftar ke website perantara seperti
1. www.skyscanner.com
2. www.kayak.com
3. website airlines etc (Traveloka dsb)
4. Jangan lupa join juga Channel Telegram Pemburu Tiket Murah
Perhatian: masa beli tiket terus ke airline yang kita mahu ikut tu website ni untuk kita dapat maklumat terkini terus dari email atau phone pun boleh)

Kedua Tempah Hotel
1. www.booking.com
2. www.agoda.com
3. website hotel etc

so basically yang ni kena buat dulu untuk step awal.

Untuk info-info tentang kawasan kat sana, train dan sebagainya ada banyak maklumat dari google ni. Ada dari blogger dsb. Saya juga menyertai Facebook Group Road To Japan. Boleh Search dari facebook nama group tersebut. Ada banyak share dari kalangan guide agent travel yang memang selalu ke sana serta mereka-mereka yang sudah pergi pun banyak yang share di sana. Jika ada kecemasan kah masa di Jepun sesat kah ko memang boleh bertanya dorang ni di fb group ni. Tapi ko jangan lah asyik hari-hari tanya hehe kena study juga sendiri, ada ja banyak info boleh cari

Berkaitan dengan perjalanan kami sekeluarga oleh kerana membawa 4 orang anak. Confirm lah kami memang kena standby lebih persediaan, sebab ko bukan jalan lenggang kangkung sorang-sorang hehe. Ko kena ada level sabar tahap tinggi dan ko ada ketahanan mental dan fizikal lebih sikit. Sebab bukan jalan bawak diri hehe. Ko bawak diri sesat seharian pun nda apa ..orang dewasa, kalau budak?? hihi. Jadi ada harinya yang kami kena ada tempah service guide juga. Aku tempah dengan website www.melancong.com , kiranya private guide lah, sebab kami sekeluarga saja yang kena guide. So lebih free and easy dan tiadalah orang masam mencuka kalau kita yang ada anak-anak kecik ni melambatkan orang lain hihi. Sebab tu daku malas ikut pakej yang ada rombongan ramai. Malas mau menyusah orang lain. Better ko jalan sendiri.

Tapi tak ada banyak hari pun kami tempah Guide, perjalanan kami 8 hari

1. Hari pertama (guna airport transfer : dari airport Narita ke Hotel Asakusabashi )
saya book dengan Keiko Trading (cari je di fb) baik orangnya ni orang Malaysia yg tinggal di Jepun

2. Hari kedua (guna guide melancong ke Jepun)

3. Hari ketiga : jalan sendiri naik train (di Jepun jangan naik teksi kecuali darurat/emergency sebab teksinya adui mahal betul hihi - bukan puluh-puluh macam yang teksi Malaysia yang selalu cilok orang tu hehe tapi ratus-ratus harga teksi Jepun baik ko naik Train hihi)

4. Hari keempat: Pergi Gunung Fuji (yang ni naik train ada juga boleh sampai, tapi daku yang anak beranak ni malas nak mengusung anak sebab kena jalan awal dari Tokyo so kami ada guide juga ni naik MPV (Kereta Toyota Estima) guna guide melancong ke Jepun jugak. Alhamdulillah sangat selesa

5. Hari kelima :Free And easy  (Jalan sendiri)

6. Hari Keenam : Free & easy  (Jalan sendiri)

7. Hari Ketujuh : Free & Easy  (Jalan Sendiri)

8. Hari Kelapan: Balik Malaysia (ke Airport Narita kami guna service airport transfer dari www.melancongkejepun.com (Kami guna Toyota Alphard)

Ada banyak lagi yang saya akan kongsikan. Contohnya makan kat sana macamana , solat dan sebagainya boleh refer kat pos saya yang ini tentang pos pertama saya tentang Jepun ni :)


Pos Berkaitan: