Showing posts with label Imazz Calendar 2020. Show all posts
Showing posts with label Imazz Calendar 2020. Show all posts

Putera Harry Dan Meghan Melepaskan Gelaran Diraja

Assalamualaikum semua, sedar tak sedar sudah hampir ke febuari kita berada di tahun 2020 ni. Daku pun nda mahu ketinggalan mengikuti berita antarabangsa, selain yang memang hot waktu ini berita tentang wabak tular Influenza B. Yang tu daku ceritakan di kisah yang lain lah pulak ya.

Akhirnya Putera Kedua anak kepada Prince Charles dan Mendiang Lady Diana telah melepaskan gelarannya. Dan mereka bertiga bersama anak iaitu Archie akan tinggal di Kanada. Keduanya telah diberi izin oleh Queen Elizabeth untuk melepaskan gelaran. Ya mungkin agak berat bagi Putera Harry, tapi ku rasa demi kepentingan keluarganya dia sanggup. Bukannya senang jadi ahli Keluarga Diraja Britain kan...asyik disoroti oleh media beserta paparazzi mereka. Tiada privasi bagi mereka dalam kehidupan.
CHRIS ALLERTON/AFP/Getty Images

Kalendar Tahunan 2020 Percuma

Assalamualaikum semuanya , dan salam sejahtera juga buat kalian yang sudi berkunjung ke sini. Oh ya bagi kita yang sudah di hampir penghujung 2019 pasti sudah siap mencari-cari segala takwim, segala tarikh cuti untuk tahun 2020 pastinya. Penting juga sebab ada yang merancang macam-macam hal kan?. Ada yang mahu balik kampung, ada yang mahu bercuti sekeluarga, ada yang bakal menunaikan umrah atau juga melaksanakan ibadah haji, pastinya segala persediaan berkaitan tarikh amat penting bagi kita.

Saya pun sama lah juga , antara takwim penting saya cari ialah seperti berikut:-

-Takwim persekolahan 2020
-Takwim cuti persekolahan
-Takwim cuti perayaan KPM
-Takwim cuti awam (oleh kerana saya di Sabah , jadi keutamaan saya cuti awam Kebangsaan Malaysia dan cuti awam negeri Sabah) 

Jadi untuk perkongsian saya bersama kalian yang sudi berkunjung ke sini. Saya telah menyediakan Kalendar yang telah siap ditandakan dengan tarikh penting seperti 4 perkara yang saya sebut di atas tadi :)



Jom Klik SINI : Kalendar Imazz 2020 




Pos Berkaitan: