Showing posts with label Tips Membawa Anak Umrah. Show all posts
Showing posts with label Tips Membawa Anak Umrah. Show all posts

Tips Membawa Anak Kecil Umrah

Tahun lepas pada disember 2017 alhamdulillah kami sekeluarga telah menunaikan umrah. Laluan kami ke Madinah dahulu dan baru lah ke Makkah. Untuk Ibu bapa yang berhajat menunaikan Umrah ke sana mungkin sedang memikir apakah persediaan yang perlu dibuat terutama semasa di sana. Di sini saya akan berkongsi beberapa perkara yang saya dan suami sediakan untuk persediaan keperluan Umrah

1. Wajib buat pasport,
kami buat pasport di UTC senang, sebab boleh datang hari sabtu kerana saya dan suami bekerja. Kalau datang sabtu tidak perlulah ambil cuti. Tempoh masa buat passport pun tidak lama, dalam sejam macam tu siap.

2. Persediaan pakaian
Untuk di Madinah saya pakaikan anak-anak dengan Baju Lapis Heattech dari Uniqlo untuk baju lapis dalam, selain memang memakai jubah seperti biasa. Sebab Cuaca Madinah sangat sejuk terutama bila waktu malam dan pagi pulak sehingga jam 10 masih sejuk. Selepas jam 10 tak perlulah berjaket tebal. Suhu drop pada waktu hampir nak malam.

Untuk di Mekah pula cuaca tidak sesejuk di Madinah. Sangat berbeza sekali suhu kedua tempat ini pada hujung tahun terutamanya di Madinah sejuk, Mekah pula cuaca seperti biasa macam di tempat kita

3. Membawa lip balm dan losyen pelembap kulit (utk badan dan muka)
suhu di Arab Saudi ini kering tidak seperti kita di Malaysia, jadi kulit mudah terasa kering kerana suhunya di sana , berangin tetapi kering.

4. Stroller Boleh lipat
Pada saya wajib bawa stroller lagi kalau anak tu dah melepasi umur 2 tahun. Pengalaman saya membawa anak berumur 2 tahun 10 bulan dan berat dalam 15kg. Pada asalnya saya hanya membawa baby carrier sebab pada saya mudah saya nak dukung tak perlu risau terlepas daripada pandangan. Tapi sangkaan saya meleset huhu..hari ketiga berada di Madinah saya pergi membeli stroller dekat Mothercare yang kedainya ada dalam supermarket yang berdekatan pintu 25 Masjid Nabawi.

"Kenapa saya terpaksa juga membeli? ...
Ada sebab hehe, rupanya suhu yang sejuk ( suhu sejuk di sana lagi mencengkam lebih-lebih lagi bila angin bertiup mencengkam sejuknya..) jika kaki kita membawa bebanan yang berat (berat saya termasuk anak pulak) kaki saya jadi kebas! ..huhu susah mahu berjalan sebab kaki krem dan sakit, penat tu lain cerita, iyalah kawasan masjid pun luas yang amat, memang kena berjalan jauh..kalau bawa berat badan sendiri tak apa lagi, ni saya kena menahan berat sendiri dengan anak lagi hehe. Tu yang saya terdesak juga kena cari stroller masa tu. Penyelamat juga sebab lepas tu mudahlah tak krem sudah kaki."

Saya kongsi juga di sini kalau di Masjid Nabawi dekat dataran luar masjid tu kita boleh solat dan boleh bawa sekali stroller. Kecuali kalau masuk di dalam masjid stroller kena tinggalkan di rak tepi pintu. Dekat masjidil haram pun sama juga tinggalkan aja stroller di di tepi ada area khas yang pekerja masjid sediakan utk kita tinggalkan stroller. Jangan risau tak akan hilang ;)

nanti saya sambung lagi part 2 ya ..

Pemandangan Masjid Nabawi dari lensa kamera saya

Pos Berkaitan: