Showing posts with label Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan. Show all posts

Jadual Gaji Kakitangan Kerajaan 2020

 
Assalamualaikum semua selamat menyambut tahu baru dan sudah tentunya dengan azam yang diperbaharui atau menyambung yang lama , ada kah? hehe. Tarikh gaji ni saja ku letak sini senang rujuk untuk sepanjang tahun ni. InshaAllah.


     Bulan
Tarikh
Hari
Catatan 
     Januari
16.01.2020
Khamis 
Tahun Baru Cina 25 & 26 Januari 2020 (Sabtu & Ahad)
     Februari 
24.02.2020
Isnin
-
     Mac 
25.03.2020
Rabu 
     April
23.04.2020
Khamis
-
     Mei
14.05.2020
Khamis
Hari Raya Puasa 24 & 25 Mei 2020 (Ahad & Isnin)
Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2020 (Sabtu & Ahad)
     Jun
22.06.2020
Isnin
Hari Gawai 1 & 2 Jun 2020 (Isnin & Selasa)
     Julai
23.07.2020
Khamis
Hari Raya Haji 31 Julai & 1 Ogos 2020 (Jumaat & Sabtu)
     Ogos
25.08.2020
Selasa
-
     September
24.09.2020
Khamis
-
     Oktober
26.10.2020
Isnin
-
     November
25.11.2020
Rabu
Hari Deepavali 14 November 2020 (Sabtu)
     Disember
17.12.2020
Khamis
Hari Krismas 25 Disember 2020 (Jumaat)

Panduan Peraturan Sijil Cuti Sakit Atau MC Daripada Klinik dan Hospital Swasta (Bagi Guru Sekolah Kerajaan)

Cuti Sakit diberi oleh Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu apabila disahkan sakit oleh Pegawai Perubatan berdaftar, Lembaga Perubatan atau Panel Doktor kerana tidak sihat untuk menjalankan tugas jawatannya.

1. Disokong dengan Sijil Sakit.
2. Kelulusan Cuti Sakit bukan hak doktor tetapi hak ketua jabatan atau perkhidmatan.
3. Tempoh pegawai perlukan cuti kerana sakit:-
  • 90 hari setahun termasuk 15 hari cuti sakit swasta dengan kelulusan Ketua Jabatan;
  • Jika 90 hari pertama masih tidak sihat, 90 hari berikut boleh diluluskan oleh Ketua Tertentu;
  • Jika masih tidak sihat selepas 180 hari cuti sakit, gunakan Cuti Rehat yang ada;
  • Jika masih tidak sihat, pegawai dirujuk kepada Lembaga Perubatan untuk Cuti Sakit Lanjutan.
  • Sementara menunggu keputusan Lembaga Perubatan, diberi Cuti Separuh Gaji sehingga 90 hari yang diperakui oleh Lembaga Perubatan atau Cuti Tanpa Gaji jika tidak kemukakan Sijil Sakit.
  • Elaun bantuan bersamaan separuh gaji dengan kebenaran Kuasa Tertentu boleh diberi kepada pegawai Cuti Tanpa Gaji tidak melebihi 90 hari.
  • Jika masih tidak sihat, Lembaga Perubatan boleh syorkan sambungan masa berehat atau perakuan pegawai disarakan.
  • Pegawai mengambil Cuti Sakit 45 hari atau lebih bagi tiga tahun berturut-turut boleh dirujuk kepada Lembaga Perubatan.

Pos Berkaitan: