Showing posts with label Sultan Abdul Hamid. Show all posts
Showing posts with label Sultan Abdul Hamid. Show all posts

Sultan Abd Hamid II

Assalamualaikum ddan salam sejahtera semua.

Mungkin aku yang ketinggalan berbanding orang lain hehe. Baru terjumpa drama bersiri  Turki Sultan Abd Hamid Kedua (Tajuk drama Turki tu Payitaht Abdul Hamid). Orang lain pastinya sudah khatam Musim pertama, kedua dan sekarang sudah ada musim ketiga. Apa yang ku suka ceritanya adala berkisar sejarah Islam. Berkaitan khalifah terakhir yang sedang bertahan dari gejolak musuh Islam mahupun musuh Khalifah Uthmaniyyah dari pelbagai penjuru. Kita bayang saja umpama kalau kita tengok orang bertanding dalam perlawanan 1 lawan 1. Tapi kisah ini bukan 1 lawan satu. Macam 1 lawan 10 atau lebih!...

Aku yang jadi geram kadang dengan orang-orang yang dari dalam Kerajaan sendiri maupun yang dari luar yakni orang asing yang pandai mengambil kesempatan dalam apapun keadaan. Musuhnya bukan jenis perlawanan bersih tapi penuh muslihat sana-sini yang kita ni rakyat biasa jadi terfikir...oooh..bukan senang mentadbir dan mengurus negara apatah lah lagi menangkis dari serangan secara nyata mahupun tersirat dalam sesebuah negara.

Apapun aku salute dengan orang yang merealisasikan drama ini. Dari temuramah para pelakon dan orang di sebalik tabir, menurut mereka drama ini berdasarkan kisah sejarah yang benar dan ada waris sultan yang juga terlibat dalam pembikinan jalan ceritanya. Membuat drama jenis begini pasti tidak mudah kerana ianya bukan memandang kepada nilai komersil boleh jual dramanya saja...tapi juga banyak nilai dakwahnya di situ. Aspek pengajaran, nilai kehidupan berakhlak mulia paling penting mengamalkan islam itu sendiri.
Gambar dari Google

Kalau dekat youtube cari ja Channel Turkish Bahasa mereka ni bukan pemilik asal Karya ini ada diberitahu di website tersebut. Tapi terjemahan mereka dari Bahasa Turki ke Bahasa Indonesia sangat membantu memahami jalan cerita. Oleh kerana drama ini berbahasa Turki dan kita memang nda faham. Warga Turkish Bahasa ini yang membantu untuk menterjemah ke Bahasa Indonesia, boleh difaham inshaAllah lebih kurang bahasa Melayu jugak. Aku letak sini beberapa episod dan beberapa scene  yang aku sudah tengok dan memang aku suka dan  best. Dengan aku sekali boleh muhasabah diri. Bolehlah kalian menontonnya lepas ni ok :)

Sultan Abdul Hamid & Kisah Amal Selawat Nabi SAW 


 
Kerinduan Sultan Kepada Junjungan Nabi Muhammad SAW



Pos Berkaitan: