Showing posts with label Wabak. Show all posts
Showing posts with label Wabak. Show all posts

Apakah itu Novel Coronavirus dan cara melindungi diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ku letak di sini supaya daku sendiri senang merujuk info penting wabak corona ni.

 
Video ni dari Laman Youtube Kementerian Kesihatan Malaysia

Wabak Virus Coronavirus

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kini berita virus corona yang berasal dari Wilayah Wuhan China ini tersiar beritanya mutakhir ini. Kita ni pun kena berhati-hati juga. Virus ini simtomnya seperti jenis penyakit bawaan influenza yang lain seperti demam, batuk, sakit tekak (setakat bacaan ku, mungkin ada yang tidak tersebut tidak lengkap, maaf ya. Just mahu merekod di sini bila penyakit ini semakin tersebar ke beberapa negara lain dan menyebabkan kematian)

 

Bila penyakit yang berkaitan dengan pernafasan ini ianya sangat merisaukan kerana ia tersebar melalui udara. Jadi adalah sangat penting untuk kita menjaga kebersihan selain cuba mengelak ke tempat yang ada ramai orang. Sebaiknya memakai topeng atau mask. 


Setakat hari ini ini berita untuk 12 jam yang lepas hari ini (26/1/2019) dipetik dari akhbar Sinar Harian

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu lagi kes positif coronavirus di Malaysia menjadikan keseluruhan sebanyak empat kes. Kes ini tidak mempunyai kaitan dengan tiga kes positif yang telah dilaporkan hari ini.
KKM dalam satu kenyataan berkata, kes terbaru itu merupakan seorang lelaki 40 tahun berasal dari Wuhan, China yang tiba di Johor Bahru pada 22 Januari lalu dengan menaiki bas dari Singapura.
Lelaki itu datang bersama sekumpulan pelancong warga China seramai 17 orang kesemuanya yang turut terdiri daripada isteri dan seorang anaknya.
“Kes mula mengalami gejala demam pada 23 Januari 2020 dan keesokan harinya beliau telah pergi mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital swasta berhampiran. Beliau seterusnya telah dirujuk oleh pihak hospital swasta tersebut untuk menerima rawatan lanjut di bawah jagaan Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
“Ujian pengesanan dan pengesahan bagi kes ini telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Pada petang 25 Januari 2020, pihak Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) Kebangsaan telah menerima pelaporan bahawa sampel pesakit terbabit didapati positif coronavirus,” kata kenyataan itu.
Selain itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor telah bertindak segera dengan mengesan kesemua 17 kontak daripada kumpulan pelancongan yang sama yang disertai oleh kes dan melakukan saringan kesihatan bagi memeriksa status kesihatan mereka.
“Hasil saringan mendapati mereka tidak demam dan tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan. Sampel klinikal seterusnya telah diambil dalam kalangan kontak tersebut untuk menjalani ujian pengesanan dan pengesahan coronavirus di MKAK Sungai Buloh.
“Kesemua kontak tersebut seterusnya telah diletakkan di bawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan di tempat yang disediakan sementara menunggu keputusan ujian yang dijalankan ke atas mereka,” katanya.

Pos Berkaitan: