Showing posts with label BTL. Show all posts
Showing posts with label BTL. Show all posts

Pengalaman pembedahan BTL


Assalamualaikum semua, alkisahnya saja ku mau rekod di sini pengalaman melalui pembedahan BTL (Billateral Tubal Ligation) atau melayunya pembedahan ikat peranakan. Anda bolehlah google maksudnya . Melalui umur 40 an hormon sudah lain macam, almaklum sudah meningkat usia. Atas faktor kesihatan Ku buat juga pembedahan ini , aku mempunyai hypertension (darah tinggi) antara penyumbangnya yang aku rasa confirm adalah kerana pil perancang yang ku ambil selain ku memang ada dna tu sebab mama dan bapa pun ada darah tinggi. Lagipun atas faktor umur ni memang nda larat sudah menanggung amanah mengandung dan seterusnya bila ada baby kecil sememangnya perlu ada tenaga dan kudrat, dan bagiku juga tempoh mengandung tu alhamdulillah memang nikmat Allah, cuma kena berhadapan sedikit ujian muntah2 semacam orang awal-awal mengandung (ikut hanya 3 bulan terawal 1s trimester) tapi daku confirm sepanjang 3 trimester tu alahan nda kira masa siang malam sampai lah bulan terakhir mengandung pun masih begitu..(alhamdulillah atas kurniaan 4 orang cahaya mata :) bukan daku nda bersyukur , sangat bersyukur alhamdulillah), lepas ini mahu bagi tumpuan dengan anak4 amanah umi dan baba ni insyaAllah.

Atas sebab-sebab yang daku nda dapat elakkan aku dan suami memilih BTL secara open Surgery di Klinik Felice di KK Specialist Luyang. Dulu bersalin Insyiroh (anak bungsu di sini) jadi ku terus saja lah ke sini bila mau buat BTL ni. Sebenarnya BTL ni boleh buat 2 cara secara Laparotomy dan satu lagi Laparoscopy . Laparotomy secara open surgery maksudnya bahagian ari-ari kita (biasa orang kata yang garis spender tu hehe . Tengok gambar bawah ni

 
Untuk Laparotomy kena buat potongan di ari-ari manakala untuk Laparoscopy tu Doktor akan tebuk 3 lubang kecil di tiga kawasan bawah pusat, kiri dan kanan ari-ari kita. 

Laparotomy ni macam cesarean orang bersalin cara pembedahan cuma ni untuk ikat peranakan tiada baby yang dibersalinkan :) .

Tapi daku memang fobia surgery2 ni huhu, ini kali ketiga pengalaman surgery semoga lepas ni tidak menghadap lagi huhu, rasa kesakitan tu (masa sudah habis bius huhuhu)  yang huhu hanya Allah Saja Yang Maha Mengetahui ....doa banyak moga ku cepat sembuh..aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.

Alhamdulillah hari ni sudah  10 hari daku lepas dari pembedahan. Bolehlah menaip sikit. Time sakit sangat hari tu dapat gerak sikit ja..batuk sikit pun sengsara menyahut ke perut yang baru berjahit huhu...



Pos Berkaitan: