Showing posts with label KakitanganKerajaan. Show all posts
Showing posts with label KakitanganKerajaan. Show all posts

Panduan Peraturan Sijil Cuti Sakit Atau MC Daripada Klinik dan Hospital Swasta (Bagi Guru Sekolah Kerajaan)

Cuti Sakit diberi oleh Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu apabila disahkan sakit oleh Pegawai Perubatan berdaftar, Lembaga Perubatan atau Panel Doktor kerana tidak sihat untuk menjalankan tugas jawatannya.

1. Disokong dengan Sijil Sakit.
2. Kelulusan Cuti Sakit bukan hak doktor tetapi hak ketua jabatan atau perkhidmatan.
3. Tempoh pegawai perlukan cuti kerana sakit:-
  • 90 hari setahun termasuk 15 hari cuti sakit swasta dengan kelulusan Ketua Jabatan;
  • Jika 90 hari pertama masih tidak sihat, 90 hari berikut boleh diluluskan oleh Ketua Tertentu;
  • Jika masih tidak sihat selepas 180 hari cuti sakit, gunakan Cuti Rehat yang ada;
  • Jika masih tidak sihat, pegawai dirujuk kepada Lembaga Perubatan untuk Cuti Sakit Lanjutan.
  • Sementara menunggu keputusan Lembaga Perubatan, diberi Cuti Separuh Gaji sehingga 90 hari yang diperakui oleh Lembaga Perubatan atau Cuti Tanpa Gaji jika tidak kemukakan Sijil Sakit.
  • Elaun bantuan bersamaan separuh gaji dengan kebenaran Kuasa Tertentu boleh diberi kepada pegawai Cuti Tanpa Gaji tidak melebihi 90 hari.
  • Jika masih tidak sihat, Lembaga Perubatan boleh syorkan sambungan masa berehat atau perakuan pegawai disarakan.
  • Pegawai mengambil Cuti Sakit 45 hari atau lebih bagi tiga tahun berturut-turut boleh dirujuk kepada Lembaga Perubatan.

Pos Berkaitan: