Pengalaman pembedahan BTL


Assalamualaikum semua, alkisahnya saja ku mau rekod di sini pengalaman melalui pembedahan BTL (Billateral Tubal Ligation) atau melayunya pembedahan ikat peranakan. Anda bolehlah google maksudnya . Melalui umur 40 an hormon sudah lain macam, almaklum sudah meningkat usia. Atas faktor kesihatan Ku buat juga pembedahan ini , aku mempunyai hypertension (darah tinggi) antara penyumbangnya yang aku rasa confirm adalah kerana pil perancang yang ku ambil selain ku memang ada dna tu sebab mama dan bapa pun ada darah tinggi. Lagipun atas faktor umur ni memang nda larat sudah menanggung amanah mengandung dan seterusnya bila ada baby kecil sememangnya perlu ada tenaga dan kudrat, dan bagiku juga tempoh mengandung tu alhamdulillah memang nikmat Allah, cuma kena berhadapan sedikit ujian muntah2 semacam orang awal-awal mengandung (ikut hanya 3 bulan terawal 1s trimester) tapi daku confirm sepanjang 3 trimester tu alahan nda kira masa siang malam sampai lah bulan terakhir mengandung pun masih begitu..(alhamdulillah atas kurniaan 4 orang cahaya mata :) bukan daku nda bersyukur , sangat bersyukur alhamdulillah), lepas ini mahu bagi tumpuan dengan anak4 amanah umi dan baba ni insyaAllah.

Atas sebab-sebab yang daku nda dapat elakkan aku dan suami memilih BTL secara open Surgery di Klinik Felice di KK Specialist Luyang. Dulu bersalin Insyiroh (anak bungsu di sini) jadi ku terus saja lah ke sini bila mau buat BTL ni. Sebenarnya BTL ni boleh buat 2 cara secara Laparotomy dan satu lagi Laparoscopy . Laparotomy secara open surgery maksudnya bahagian ari-ari kita (biasa orang kata yang garis spender tu hehe . Tengok gambar bawah ni

 
Untuk Laparotomy kena buat potongan di ari-ari manakala untuk Laparoscopy tu Doktor akan tebuk 3 lubang kecil di tiga kawasan bawah pusat, kiri dan kanan ari-ari kita. 

Laparotomy ni macam cesarean orang bersalin cara pembedahan cuma ni untuk ikat peranakan tiada baby yang dibersalinkan :) .

Tapi daku memang fobia surgery2 ni huhu, ini kali ketiga pengalaman surgery semoga lepas ni tidak menghadap lagi huhu, rasa kesakitan tu (masa sudah habis bius huhuhu)  yang huhu hanya Allah Saja Yang Maha Mengetahui ....doa banyak moga ku cepat sembuh..aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.

Alhamdulillah hari ni sudah  10 hari daku lepas dari pembedahan. Bolehlah menaip sikit. Time sakit sangat hari tu dapat gerak sikit ja..batuk sikit pun sengsara menyahut ke perut yang baru berjahit huhu...



Semuanya hanya SEMENTARA...

Assalamualaikum..lagu dari Indonesia, saya suka bermuhasabah diri sambil mendengarkannya..





Cara Guna Telefon Di Luar Negara

Tajuk ni sangat berguna buat aku sebab bila travel ke luar negara telefon ni adalah benda penting no 1!.
Terutamanya mau bagitahu keluarga kita yang kita sudah selamat sampai tiba ke destinasi.
Sebenarnya ku letak sini sebab, akan datang aku akan refer semula post ni. Untuk nota rujukan ku sendiri. Kalau lupa senang cari sini semula notanya hihi :)

Gambar dari google - Sekadar Hiasan
Biasanya kalau kita google pasal kadar telefon semasa menggunakan perkhidmatan telefon di luar negara ada pelbagai pakej dan promosi. Masa ke Jepun tahun 2018 aku sudah siap-siap beli simkad khas digunakan semasa di Jepun tapi aku sudah lupa dari website Hello1010. memang sudah standby tapi dalam perjalanan ke airport sudah tu..simkad tertinggal di rumah!. Jadi masa memang sangat terhimpit lah kan..airport denga rumah aku bukan dekat huhh sejam juga, laa mana ada masa mahu ambil kan?...

Tapi syukur alhamdulillah ada kawan-kawan dari group fb yang terdiri dari kaki-kaki traveller yang berpengalaman juga, mereka cadangkan beli simkad Digi prepaid ja. Alhamdulillah  lega lah juga, Simkad Prepaid Digi ada yang harga rm8 seingat aku yang paling murah. Kemudian boleh check pakej roaming yang ada dalam pakej roaming Digi prepaid tu. Ingat ya jangan ambil roaming Digi Postpaid (misalan kita memang ada line Digi yang jenis ada bill tu atau postpaid then ko langgan roaming, aduhai, SANGAT JANGAN! yang tu mahal rate nya huhu, menangis balik travel nanti bayar bil hehehe)

ni contoh sekiranya kita menggunakan kadar roaming ke Negara Jepun. Untuk pengetahuan masa kat Jepun aku dan husband hanya calling guna wassap call , so lebih jimat so kami hanya memerlukan line internet (boleh ja call guna wassap di Luar negara)

so boleh bandingkan rate Digi prepaid roaming berbanding rate Digi postpaid roaming.
Lihat gambar di bawah ni:-

kadar Digi prepaid:
oleh kerana di Jepun kami berada lebih kurang 7 hari jadi ku ambil pakej rm25 untuk 3 hari, jika habis tempoh 3 hari aku akan apply lagi untuk 3 hari



Kadar Digi Postpaid:
Ini pula roaming internet rm36 sehari! (mahal kan?..hehe jangan cuba-cuba lah yang ni hehe)




oh ya cara apply roaming ni nanti masa kita request dekat aplikasi Digi tu kita just letak tarikh yang kita mahu nombor Digi kita tu berstatus roaming. Nanti masa sampai airport time-time ambil bagasi tu bolehlah switch on simkad Digi tu.

Pesanan saya lebih baik set tarikh awal-awal masa dekat apps digi tu. Tapi saya hari tu masa kat airport baru saya on tapi saya ada kelebihan sikit senang cari line sebab saya juga ada bawa modem wifi khas guna di Jepun.

Mesti korang pening kan dah ada modem wifi untuk guna internet kenapa lagi beli simkad?
 Haa ada sebabnya, modem wifi tu hanya ada satu dan memang boleh connet untuk 3 phone nda silap. Tapi takut-takut kalau ku terpaksa pergi tandas dan sebagainya sorang-sorang macamana lah mau contact rakan 1 group nanti? so complicated juga kan? tu gi tandas, kalau terpisah dari group? hehe adehh tu yang kena ada juga satu fon yang ada line internet sendiri, so kalau terpisah dari group pun masing-masing masih boleh guna fon sendiri untuk berhubung :) . Dalam kes aku , aku pegi Jepun Diy (pergi sendiri) jadi biasalah kalau bawa anak ramai ni kan, memang banyak kena standby, in case kalau saya dan suami terpaksa jalan berasingan sebab kena bawa anak ke tandas kah dan sebagainya, kami masih boleh contact antara satu sama lain. Standby ja..

Pos Berkaitan: