Putera Harry Dan Meghan Melepaskan Gelaran Diraja

Assalamualaikum semua, sedar tak sedar sudah hampir ke febuari kita berada di tahun 2020 ni. Daku pun nda mahu ketinggalan mengikuti berita antarabangsa, selain yang memang hot waktu ini berita tentang wabak tular Influenza B. Yang tu daku ceritakan di kisah yang lain lah pulak ya.

Akhirnya Putera Kedua anak kepada Prince Charles dan Mendiang Lady Diana telah melepaskan gelarannya. Dan mereka bertiga bersama anak iaitu Archie akan tinggal di Kanada. Keduanya telah diberi izin oleh Queen Elizabeth untuk melepaskan gelaran. Ya mungkin agak berat bagi Putera Harry, tapi ku rasa demi kepentingan keluarganya dia sanggup. Bukannya senang jadi ahli Keluarga Diraja Britain kan...asyik disoroti oleh media beserta paparazzi mereka. Tiada privasi bagi mereka dalam kehidupan.
CHRIS ALLERTON/AFP/Getty Images




Alkisahnya kan..beginilah kehidupan..semuanya ada ujian, jadi keluarga terkaya, berkedudukan tinggi pun tak terlepas dari ujian kehidupan. Apatah lagi kalau jadi orang miskin lagi nda dikenal orang..suka-suka ja orang buat kita kan..Lumrahnya dunia...Alhamdulillah kita ini sentiasa ada tempat mengadu ..inshaAllah Allah SWT tempat mengadu.

Apapun semoga Putera Harry dan isterinya Meghan serta anak mereka berbahagia hidup sebagai rakyat biasa. Walaupun tiada lagi gelar HRH iaitu His Royal Highness dan Her Royal Highness. Bagi kita islam hubungan darah dan keturunan tak akan berubah tetaplah saudara senasab kita itu saudara kita.


Pos Berkaitan: